awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas Lubnan ancaman besar kepada gencatan senjata Iran-AS: PBB

Bernama
Bernama
09/04/2026
12:30 MYT
Serangan ke atas Lubnan ancaman besar kepada gencatan senjata Iran-AS: PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam oleh rejim Zionis ke atas Lubnan. - Gambar fail

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan negatif serangan rejim Israel ke atas Lubnan terhadap proses gencatan senjata antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

PBB menegaskan serangan rejim Israel ke atas Lubnan “dianggap sebagai ancaman besar” kepada perjanjian gencatan senjata antara AS dan Iran.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam oleh rejim Zionis ke atas Lubnan.
Dalam kenyataannya, Guterres mengutuk serangan Israel pada Rabu yang mengorbankan serta mencederakan ratusan orang, menurut kenyataan jurucakap PBB Stephane Dujarric.
Beliau berkata serangan berterusan itu “menimbulkan ancaman serius” terhadap gencatan senjata serta usaha mencapai keamanan berkekalan di rantau berkenaan.
Ketua PBB itu juga menggesa semua pihak agar segera menghentikan permusuhan.
-- BERNAMA-MNA
Topic Berkaitan
#PBB
#kesan
#lubnan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan