awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap individu perlu ada pemikiran digital - Nicholas Tan

Israr Khalid
Israr Khalid
25/02/2023
01:15 MYT
Setiap individu perlu ada pemikiran digital - Nicholas Tan
Nicholas Tan Check Foong, berkata semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Segala pelan pendigitalisasian yang dirancang sebagai usaha menambah baik kehidupan rakyat tidak akan berjaya sekiranya setiap anggota masyarakat tidak mempunyai minda digital.
Kata Setiausaha Agung Kebangsaan Junior Chamber International Malaysia, Nicholas Tan Check Foong, semua orang perlu percaya pada manfaat dunia digital yang menjadi penggerak kepada dunia hari ini dan masa depan.
Jelasnya, kerajaan sudah pun berusaha dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk melonjak potensi negara dengan pendigitalan, namun ia tidak boleh bertepuk sebelah tangan.
“Kita sudah ada segala pelan dan tawaran digital daripada kerajaan tapi minda dan pemikiran digital dalam diri setiap individu amat penting.
“Kalau kita tidak percaya kepada (potensi) digital, tiada gunanya kerana kita tidak tahu memanfaatkannya,” katanya dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2023, sejumlah RM2.737 bilion akan disalurkan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menggerakkan inisiatif pendigital bagi merealisasikan matlamat Dekad Keemasan Ekonomi Digital.
Antaranya dengan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan mewujudkan sekurang-kurangnya satu PEDi di setiap DUN untuk membantu usahawan kecil memacu perniagaan dengan ICT dan e-dagang.
Pemikiran digital perlu ada pada setiap individu untuk jayakan pelan digitalisasi - Nicholas Tan
Topic Berkaitan
#Dialog Anak Muda
#Belanjawan 2023
#Nicholas Tan Check Foong
#Junior Chamber International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan