awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin

Bernama
Bernama
07/01/2022
09:44 MYT
Setiap negeri ada kuota penebangan balak - Takiyuddin
Takiyuddin menegaskan kerajaan Malaysia komited di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan berhutan menjelang 2040. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Setiap negeri mempunyai Catuan Tebangan Tahunan (CTT) bagi pengusahasilan balak setiap tahun, yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara (MTN), kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Setiap negeri mempunyai kuota (balak) setiap tahun yang ditentukan melalui keputusan Majlis Tanah Negara dipengerusikan perdana menteri dan ahli-ahlinya, semua menteri besar serta ketua menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menentukan kuota penebangan balak, sebaliknya kegiatan tersebut dilakukan mengikut perkara yang termaktub di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
Takiyuddin berkata beliau akan menghubungi Mohd Amar bagi mendapatkan pencerahan berhubung kenyataannya itu.
"Oleh itu setiap negeri tidak boleh menebang atau mengeluarkan kayu balak melebihi kuota yang ditetapkan," katanya.
Takiyuddin menegaskan kerajaan Malaysia komited di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok dan kawasan berhutan menjelang 2040.
"Sekarang ini (keluasan tanah) diliputi kawasan berhutan sekitar 55.3 peratus, oleh sebab itu perlu mengawal tebangan hutan ini kerana jika hutan ditebang ia mengambil masa untuk penghutanan semula yang memerlukan tempoh yang panjang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penebangan balak
#Catuan Tebangan Tahunan
#Majlis Tanah Negara
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan