awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua menteri utama Peru berundur selepas presiden tangguh pembelian jet F‑16
Konflik Asia Barat: Iran salahkan sekatan Trump punca kebuntuan diplomatik
Punca kematian remaja ditemui dalam kereta penyanyi D4vd didedah

Setiausaha Tentera Laut AS letak jawatan berkuat kuasa serta-merta

Astro AWANI
Astro AWANI
22/04/2026
22:30 MYT
Setiausaha Tentera Laut AS letak jawatan berkuat kuasa serta-merta
Pengunduran Phelan menandakan satu lagi perubahan dalam kepimpinan tertinggi pertahanan negara itu. - Foto X/@SECNAV
Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), John Phelan, telah berundur daripada jawatannya dalam pentadbiran Presiden Donald Trump, menurut pengumuman Pentagon pada Rabu.
Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, berkata pengunduran itu berkuat kuasa serta-merta.
Beliau menambah bahawa Timbalan Setiausaha Tentera Laut, Hung Cao, akan menjalankan tugas sebagai pemangku Setiausaha Tentera Laut.
Phelan merupakan pegawai kanan pertahanan terbaharu yang berundur daripada pentadbiran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Pengundurannya berlaku ketika AS terlibat dalam konflik berterusan melibatkan Israel dan Iran, serta meneruskan sekatan laut ke atas Selat Hormuz.
Tentera Laut AS tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai sebab Phelan berundur daripada jawatan tersebut.
Perkembangan ini menyusul tindakan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, yang sebelum ini meminta Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Randy George, berundur.
Dua lagi pegawai kanan tentera darat, Jeneral David Hodne dan Mejar Jeneral William Green, turut disingkirkan daripada jawatan masing-masing baru-baru ini.
Sejak memegang jawatan di Pentagon, Hegseth dilaporkan telah memecat lebih sedozen pegawai kanan tentera, termasuk Ketua Operasi Tentera Laut dan Naib Ketua Turus Tentera Udara.
Phelan, seorang awam tanpa pengalaman perkhidmatan ketenteraan, mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Tentera Laut pada Mac 2025, selepas dicalonkan oleh Presiden Trump pada tahun 2024.
Topic Berkaitan
#John C. Phelan
#Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat
#letak jawatan
#Pentagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.