awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siar filem lucah di skrin elektronik, lelaki berdepan hukuman penjara enam tahun

Agensi
Agensi
05/10/2016
10:43 MYT
Siar filem lucah di skrin elektronik, lelaki berdepan hukuman penjara enam tahun
Pihak polis bercadang untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh dengan tuduhan menyiarkan bahan lucah dan memaparkan filem yang mengandungi unsur tidak sopan. - Gambar Twitter
Seorang lelaki Indonesia yang ditahan kerana menggodam masuk ke dalam sebuah sistem papan iklan elektronik dan menayangkan filem lucah di Jakarta bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, jelas pihak polis pada Rabu.
Filem Jepun bertajuk 'Watch Tokyo Hot' telah disiarkan selama 10 minit di skrin pengiklanan itu pada Jumaat di sebuah persimpangan di ibu kota berkenaan dan secara tidak langsung membuatkan semua orang 'teruja' dan gempar pada masa yang sama.
Bekalan kuasa skrin gergasi itu segera diputuskan, namun tidak sebelum adegan panas di skrin tersebut sempat dirakamkan oleh pengguna jalan raya yang seterusnya menyebarkan video berkenaan di media sosial.
Pihak polis dan pakar jenayah siber di negara majoriti penduduknya beragama Islam dan konservatif itu telah melancarkan operasi untuk memburu dalang tersebut dan pada Selasa, dan berjaya menangkap seorang pakar analisa telnologi maklumat (IT) berumur 24 tahun di pejabatnya.
Capaian ke laman web pornografi telah disekat di Indonesia dan sebarang adegan romantik di dalam filem mahupun program televisyen sering dikabur atau dipotong oleh lembaga penapisan tayangan.
Tertuduh yang tidak didedahkan identitinya telah mengaku bersalah ke atas kesalahan tersebut, jelas ketua polis Jakarta, Mochamad Iriawan.
“Tertuduh dikatakan bekerja sendiriran. Namun kami masih menyiasat akan kemungkinan beliau bekerja sendirian, atau mempunyai motif tersendiri mahupun cuma bergurau,” Iriawan memberitahu wartawan.
Pihak polis bercadang untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh dengan tuduhan menyiarkan bahan lucah dan memaparkan filem yang mengandungi unsur tidak sopan.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#jenayah siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan