awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes tembak di Selangor tunjuk perkembangan positif - KP Selangor

Bernama
Bernama
16/01/2026
04:10 MYT
Siasatan kes tembak di Selangor tunjuk perkembangan positif - KP Selangor
Shazeli meminta orang ramai supaya memberikan keyakinan penuh kepada Polis Diraja Malaysia dalam menyelesaikan semua kes tembak yang berlaku di Selangor. - Gambar Bernama
SEPANG: Siasatan terhadap semua kes tembak yang berlaku di Selangor menunjukkan perkembangan positif, dengan perincian turut meliputi kemungkinan penglibatan elemen gengsterisme, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan setakat ini memberikan gambaran positif, bagaimanapun butiran lanjut tidak dapat didedahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan.
Sehubungan dengan itu, Shazeli meminta orang ramai supaya memberikan keyakinan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan semua kes tembak yang berlaku di negeri ini.
"Insya-Allah, sekiranya siasatan berjaya diselesaikan, kami akan berkongsi maklumat dengan masyarakat. Berilah keyakinan kepada PDRM Selangor, kami akan memberikan yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di sini, hari ini.
Pada 5 Jan lepas, seorang lelaki maut dalam kejadian tembak berhampiran sebuah restoran makanan segera di Banting.
Mengulas tentang kebakaran kilang di Banting pada Rabu, Shazeli berkata, polis masih menunggu laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
"Jangan terburu-buru. Kita tunggu hasil siasatan daripada JBPM," katanya.
Media sebelum ini melaporkan tiga lelaki maut dalam kebakaran melibatkan empat kilang, termasuk sebuah kilang pemprosesan minyak, di Kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting.
Pada majlis itu, ACP M. Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA yang baharu, menggantikan SAC Azman Shari'at yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan, Peperiksaan dan Kompetensi) di Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tembak Selangor
#siasatan
#gengsterisme
#Ketua Polis Selangor
#Shazeli Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan