awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: Sah! JDT bertemu juara bertahan, Arif Aiman juga ada
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu, PM Anwar seru terus pelihara perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang G7: UK tuduh Iran jadikan ekonomi global 'tebusan' selepas tutup Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
10:44 MYT
Sidang G7: UK tuduh Iran jadikan ekonomi global 'tebusan' selepas tutup Selat Hormuz
Kenyataan Cooper (kiri) itu dibuat pada mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) di Perancis, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio (kanan). -Foto Reuters
United Kingdom (UK) menuduh Iran menjadikan ekonomi dunia sebagai “tebusan” selepas republik itu menyekat laluan perkapalan antarabangsa di Selat Hormuz yang kini berada dalam kawalan ketat Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Setiausaha Luar UK, Yvette Cooper, berkata komuniti antarabangsa mahukan penyelesaian segera bagi menamatkan konflik di Asia Barat demi memulihkan kestabilan serantau.
Kenyataan itu dibuat pada mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) di Perancis, yang turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio.
“Kita sangat jelas bahawa kita perlu melihat penyelesaian pantas kepada konflik ini bagi memulihkan kestabilan serantau.
"Iran tidak boleh dibiarkan menjadikan ekonomi global sebagai tebusan melalui tindakan di selat yang merupakan laluan perkapalan antarabangsa dan simbol kebebasan navigasi,” katanya.
Kenyataan tegas itu dibuat selepas IRGC mengisytiharkan penutupan Selat Hormuz terhadap kapal-kapal milik sekutu AS dan Israel, selain mendakwa telah menyekat tiga kapal kontena daripada memasuki laluan berkenaan.
Mesyuarat G7 kali ini turut dibayangi kebimbangan terhadap kesan peperangan terhadap rantaian bekalan tenaga global serta lonjakan harga minyak mentah, ketika penutupan Selat Hormuz — laluan yang menampung hampir 20 peratus bekalan minyak dunia — semakin mengancam pertumbuhan ekonomi global.
Beberapa negara anggota G7 sebelum ini memberi amaran bahawa sekatan maritim yang berlarutan di selat berkenaan boleh mencetuskan krisis ekonomi dunia dan mempercepatkan risiko kemelesetan global.
Topic Berkaitan
#UK
#Iran
#Selat Hormuz
#IRGC
#G7
#perkapalan antarabangsa
#Yvette Cooper
#konflik Asia Barat
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan