awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidek Ali tonjolkan keindahan Tumpat menerusi lensa kamera telefon pintar

Bernama
Bernama
23/10/2021
21:10 MYT
Sidek Ali tonjolkan keindahan Tumpat menerusi lensa kamera telefon pintar
Sidek Ali memetik bunga keladi bunting untuk dijadikan hiasan di Kampung Kok Bedollah. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Hampir setiap hari Sidek Ali Hassin mengerah keringat di kebun lada solok miliknya di Kampung Tujuh, di sini.
Selain menjalani rutin harian itu, pemuda berusia 34 tahun berkenaan turut memanfaatkan masa terluang dengan mengambil gambar pemandangan di sekitar kebun dan daerah itu lalu memuat naik di Facebook sekali gus gambar dihasilkan menerusi telefon pintar itu dinantikan warga maya.
Terbaharu, perkongsian beliau mengenai gambar bunga keladi bunting yang memenuhi kawasan tali air di Kampung Kok Bedollah, di sini berjaya mencuri tumpuan ramai.
Sidek Ali yang ditemui Bernama berkata beliau mula berkongsikan gambar menarik di sekitar Tumpat menerusi akaun Facebooknya Sidek Ali kira-kira tiga tahun lepas.
"Memang hobi saya mengambil gambar. Hampir setiap petang saya akan ronda sekitar kampung cari tempat menarik.
"Sebenarnya banyak tarikan di daerah ini antaranya lokasi bunga keladi bunting ini. Tahun ini sahaja, sudah dua kali kawasan tali air ini berbunga dan secara tidak langsung menghasilkan pemandangan yang sangat cantik dan menarik," kata bapa kepada dua cahaya mata ini.
Bunga keladi bunting atau nama saintifiknya 'Eichhornia crassipes' ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu.
Tinjauan Bernama di kampung tersebut mendapati kawasan tali air sepanjang lebih 200 meter itu dihiasi bunga keladi bunting yang tumbuh meliar.
Bercerita lanjut, Sidek Ali berkata beliau yakin masih banyak kawasan menarik di daerah itu yang belum diteroka sepenuhnya.
"Fotografi menggunakan telefon pintar tidaklah begitu sukar dan banyak sebenarnya lokasi menarik yang kita boleh bantu promosi kepada orang ramai.
"Setakat ini semua perkongsian saya menerusi media sosial mendapat respons positif malah ada antara mereka tidak tahu lokasi menarik yang masih boleh dikunjungi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidek Ali
#Tumpat
#keladi air
#fotografi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan