awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silat di kubur: Siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
23/11/2025
20:30 MYT
Silat di kubur: Siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata tindakan lelaki berkenaan diakui telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan adab serta sensitiviti di kawasan perkuburan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Siasatan insiden tular seorang lelaki bersilat di kawasan perkuburan di Johor perlu merangkumi aspek kebajikan dan keselamatan individu, bukan sekadar dari segi adab semata-mata.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata tindakan lelaki berkenaan diakui telah menimbulkan pelbagai persoalan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat, khususnya berkaitan adab serta sensitiviti di kawasan perkuburan.
Beliau berkata tanah perkuburan bukan lokasi untuk perbuatan yang boleh mengundang salah faham, mengganggu ketenteraman atau menyinggung perasaan waris.
"Namun begitu, pada masa yang sama, kita juga perlu berhati-hati dan berempati. Ada kemungkinan individu berkenaan memerlukan bantuan psikososial atau intervensi pihak berkuasa atau keluarganya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Na'im berkata beliau menyambut baik tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid yang segera meminta Pejabat Kadi Daerah Kluang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
"Pendekatan ini penting bagi memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab, syarak atau ketenteraman awam, serta bagi memahami keadaan sebenar individu terlibat," katanya.
Mohd Na'im berkata orang ramai diseru agar tidak membuat spekulasi melampau dan memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk menguruskan isu ini.
Beliau berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Johor dan Jabatan Agama Islam Johor untuk memastikan perkara itu ditangani dengan penuh berhemah, demi kesejahteraan bersama selaras semangat Malaysia MADANI.
Semalam, media melaporkan kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Kadi Kluang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam untuk memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab dilakukan di tanah perkuburan.
Terdahulu, video berdurasi 28 saat di laman sosial Facebook yang dirakam pengguna jalan raya memaparkan seorang lelaki memakai jaket serta bertopi keledar berdiri di kawasan perkuburan sambil melakukan beberapa gerakan tangan dan kaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#silat di kubur
#Tular
#Mohd Na'im Mokhtar
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan