awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci

Bernama
Bernama
28/01/2024
05:10 MYT
Silat di Masjid Nabawi: Jemaah dinasihat betulkan niat ke tanah suci
Tangkap layar video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak bersilat di hadapan Masjid Nabawi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menasihati individu atau jemaah supaya membetulkan niat ketika mengunjungi Tanah Suci dengan niat semata-mata untuk beribadah.
Beliau berkata niat selain tujuan ibadat itu dikhuatiri bukan sahaja berpotensi menjejaskan ibadah, tetapi juga boleh mencalar nama baik negara.
"Sebab itu, saya kata bila niat untuk tujuan ibadah, saya bimbang kalau ada niat yang lain, nak buat pertunjukan silat dan sebagainya, ia akan 'ganggu' kita daripada niat asal untuk melakukan ibadah. Ia dibimbangi menjejaskan nama baik negara.
"Nasihat saya kepada mereka yang nak kunjungi atau ziarah ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, perbetulkan niat masing-masing, kita tumpukan ibadah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta acara larian sempena program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Run 2024-Powered by Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu video tular membabitkan seorang lelaki bersama dua kanak-kanak lelaki bersilat di hadapan Masjid Nabawi dengan lengkap berpakaian tradisi Melayu.
Perbuatan berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengatakan sebagai tidak wajar dan tidak beradab selain menjejaskan nama Malaysia.
Mohd Na'im bagaimanapun berkata beliau tidak melihat kejadian itu boleh menjejaskan jumlah kuota haji yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang jemaah.
Mengenai proses pemutihan bantuan zakat bulanan, Mohd Na'im berkata data MAIWP sedia ada akan diintegrasikan dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan bantuan hanya disalurkan kepada individu layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majid Nabawi
#Madinah
#silat
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan