awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Silat jadi aktiviti korikulum sekolah, subjek pilihan di universiti

Bernama
Bernama
30/11/2019
21:45 MYT
Silat jadi aktiviti korikulum sekolah, subjek pilihan di universiti
Maszlee bergambar bersama pemenang keseluruhan kategori antarabangsa, Pusat Sukan Tumpuan (PST) Malaysia dalam Kejohanan Kejuaraan Silat Antarabangsa dan Silat Seni Asli Terbuka Edisi Ke-10 2019. --fotoBERNAMA
Kementerian Pendidikan merancang untuk menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, selain subjek pilihan berkredit di universiti bagi memartabatkan warisan tradisi berkenaan.
Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya juga merancang agar silat dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), agar pelajarnya boleh diberikan sijil yang dapat digunakan untuk menceburi kerjaya dalam bidang keselamatan.
Katanya, dalam masa yang sama, aktiviti mempromosikan seni silat ini juga akan dilakukan di luar negara melalui Bahagian Education Malaysia.
"Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.
"Bagi memupuk minat dalam kalangan pelajar, kita juga menggalakkan pihak sekolah untuk mewujudkan kelab silat dengan sasaran sebanyak 5,000 kelab pada tahun depan," katanya kepada media, di sini, pada Sabtu.
Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka yang ke-10 di Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini.
Hadir sama adalah Naib Canselor UTHM, Datuk Dr Wahid Razzaly.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti kokurikulum
#Bahagian Education Malaysia
#Kementerian Pendidikan
#martabat warisan tradisi
#seni silat
#subjek pilihan berkredit
#Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan