awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket dadah ladang kelapa sawit di Bintulu tumpas

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
20/08/2017
14:23 MYT
Sindiket dadah ladang kelapa sawit di Bintulu tumpas
Menurut polis, keempat-empat suspek mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu di sekitar kawasan ladang di Jalan Bintulu-Miri. - Foto PDRM
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Bintulu berjaya menahan empat lelaki Indonesia sekali gus menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga asing di kawasan ladang kelapa sawit di sini.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zailanni Amit memberitahu, pihaknya mencekup suspek pertama sekitar jam 4 petang semalam di satu perhentian bas, bersebelahan sebuah ladang di kilometer 138, Jalan Bintulu-Miri.
"Hasil pemeriksaan tubuh suspek menemui satu paket plastik lut sinar di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar jeans yang dipakainya.
"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui 25 tiub lut sinar kekuningan yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kata Zailanni, berat kasar dadah yang dirampas adalah seberat 5.15 gram, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek yang tiada dokumen yang sah berusia 19 tahun, berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Polis kata Zailanni, turut menahan tiga suspek lain di lokasi yang sama.
Ketiga-tiganya yang juga tanpa dokumen, berusia di antara 26 hingga 33 tahun dari Bakaru, Sulawesi Selatan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Siasatan awal kata Zailanni mendapati ketiga-tiga suspek telah berada di Bintulu sejak setahun lalu.
"Keempat-empat suspek juga mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu di sekitar kawasan ladang di Jalan Bintulu-Miri.
"Dadah tersebut dibeli daripada pembekal dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank, sebelum dadah tersebut diletakkan di suatu tempat yang dijanjikan kemudian," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#Dadah
#kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan