awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket pengedaran arak seludup tumpas, 3 lelaki Bangladesh ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2022
03:10 MYT
Sindiket pengedaran arak seludup tumpas, 3 lelaki Bangladesh ditahan
Tiga lelaki Bangladesh disyaki ahli sindiket ditahan dalam serbuan Op Kontraban pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
CHERAS: Satu sindiket pengedaran arak seludup tumpas dengan tertangkapnya tiga lelaki Bangladesh dalam serbuan Op Kontraban di sebuah premis di Taman Perindustrian Alfa Impian, Balakong di sini pada Jumaat.
Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Deputi Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sindiket tersebut bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan menggunakan premis di kawasan perindustrian sebagai stor.
"Serbuan tersebut telah berjaya menahan tiga orang ahli sindiket yang merupakan lelaki warganegara Bangladesh berumur 30 tahun hingga 41 tahun.
"Polis turut merampas 460 kotak mengandungi 5,520 botol arak pelbagai jenama, dua buah van, sebuah kereta Honda Jazz, 224 setem kastam disyaki tiruan dan tiga buah telefon bimbit disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran arak tidak bercukai," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM338,720.
"Serbuan ini telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran arak tidak bercukai di sekitar Lembah Klang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Taman Perindustrian Alfa Impian
#arak seludup
#serbuan Op Kontraban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan