awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura berminat wujudkan gelembung perjalanan udara dua hala dengan Malaysia

Bernama
Bernama
30/10/2020
09:24 MYT
Singapura berminat wujudkan gelembung perjalanan udara dua hala dengan Malaysia
Singapura kini berminat mewujudkan gelembung perjalanan udara dengan Malaysia. - Gambar fail
SINGAPURA:Singapura, yang baru-baru ini mencapai kata sepakat secara prinsip untuk mewujudkan Gelembung Perjalanan Udara dua hala dengan Hong Kong, kini berminat menjalin kerjasama serupa dengan Malaysia pada masa yang sesuai.
"Saya benar-benar ingin mewujudkan gelembung perjalanan udara dengan Malaysia," kata Menteri Pengangkutan republik itu Ong Ye Kung kepada Editor Berita The Straits Times Karamjit Kaut dalam satu temu bual eksklusif pada Khamis.
"Bagaimanapun setakat ini, jumlah kes (COVID-19) di Malaysia cukup tinggi jadi saya rasa kita perlu tunggu dan lihat... Kami tahu dan penilaian para pegawai penjagaan kesihatan kami menunjukkan bahawa Malaysia amat serius dalam usaha menangani virus ini. Jadi saya berharap mereka akan berjaya mengekang lonjakan kes pada gelombang kali ini.
"Apabila masanya sesuai, saya pasti akan mengusulkannya (gelembung perjalanan udara) kepada mereka," kata Ong.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat rancangan mengadakan perjalanan lebih kerap antara Singapura dan Malaysia, yang merupakan antara laluan udara tersibuk di rantau ini.
Setakat ini kedua-dua negara bersetuju mewujudkan dua perjalanan rentas sempadan iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#gelembung perjalanan udara
#Hong Kong
#Malaysia
#Ong Ye Kung
#COVID-19
#Laluan Hijau Timbal Balik
#RGL
#Peraturan Ulang Alik Berkala
#PCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan