awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem maklumat biodiversiti Malaysia diiktiraf terbaik

Bernama
Bernama
04/11/2024
07:20 MYT
Sistem maklumat biodiversiti Malaysia diiktiraf terbaik
Nik Nazmi mewakili negara untuk menerima anugerah berkenaan daripada Setiausaha Eksekutif CBD, Astrid Schomaker. - Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf mempunyai Mekanisme Pusat Maklumat Kebangsaan (CHM) berkaitan biodiversiti terbaik melalui Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS).
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata pengiktirafan itu diberikan apabila Malaysia mendapat Anugerah Emas pada mesyuarat ke-16 Persidangan Pihak-Pihak (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Cali, Colombia, Khamis lepas.
"Menerusi anugerah CHM, ia adalah pengiktirafan daripada CBD kepada negara-negara anggota yang menunjukkan pencapaian paling signifikan dalam membangunkan CHM di peringkat nasional," menurut NRES dalam kenyataan hari ini.
NRES berkata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad telah mewakili negara untuk menerima anugerah berkenaan daripada Setiausaha Eksekutif CBD, Astrid Schomaker.
"Beliau (Nik Nazmi) menyeru supaya MyBIS dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengukuhkan usaha memulihara biodiversiti negara," menurut kenyataan itu.
MyBIS adalah CHM yang dibangunkan sebagai pangkalan data biodiversiti kebangsaan sejak tahun 2016.
Sehingga kini MyBIS yang boleh diakses di laman sesawang www.mybis.gov.my mengandungi lebih daripada 1.2 juta rekod data merangkumi profil spesies, rekod spesimen, toksinologi, kawasan perlindungan, direktori pakar, bahan rujukan dan penerbitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia
#MyBIS
#Malaysia
#COP16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan