awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim bantuan bapa tunggal sedang dipertimbang

Bernama
Bernama
25/04/2019
03:54 MYT
Skim bantuan bapa tunggal sedang dipertimbang
Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan skim bantuan kepada bapa tunggal. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan skim bantuan kepada bapa tunggal menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekiranya terdapat keperluan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.
Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan.
"Sebenarnya tidak ada bantuan kepada bapa tunggal tetapi kita akan pertimbangkan jika ada keperluan...setakat ini kita tidak terima apa-apa permohonan.
"Kalau ada memang kita sedia untuk membantu. Tetapi apa yang kita ada sekarang di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, iaitu Papacare dan mungkin ini menjadi permulaan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Yap Yew Weng (DAP-Mambau) yang ingin tahu mengenai status Skim Bapa Tunggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa tunggal
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Nicole Tan Lee Koon
#Papacare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan