awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM sekat 11 laman web, 22 pautan URL sebar ideologi Daish dalam BM - Salleh

Bernama
Bernama
14/07/2016
07:49 MYT
SKMM sekat 11 laman web, 22 pautan URL sebar ideologi Daish dalam BM - Salleh
SALLEH: Adalah diharapkan pemantauan berterusan dan tindakan oleh SKMM dan lain-lain agensi akan membendung penyebaran ideologi oleh organisasi pengganas ini melalui media sosial. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat 11 laman web dan 22 pautan URL terlibat dalam penyebaran ideologi Daish dalam bahasa Melayu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan pemantauan SKMM ke atas outlet media baharu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
"Adalah diharapkan pemantauan berterusan dan tindakan oleh SKMM dan lain-lain agensi akan membendung penyebaran ideologi oleh organisasi pengganas ini melalui media sosial," katanya kepada Bernama hari ini.
Salleh berkata, kerjasama semua pihak adalah penting dan kerajaan ingin mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk memaklumkan kepada SKMM jika mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara ini.
"Memandangkan Daish sangat aktif dalam mewujudkan laman web baharu dan akaun media sosial, kami merayu kepada orang ramai untuk melaporkan kepada SKMM jika mereka mempunyai apa-apa maklumat mengenai perkara ini, "katanya.
Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis juga sedang memantau rapi penerbitan Daish dalam bahasa Melayu, dipercayai dikendalikan oleh pengikut kumpulan itu di Malaysia dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Laman web
#pautan URL
#penyebaran ideologi Daish
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan