awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Uniti ditubuh bantu elak provokosi antara kaum - Joseph Kurup

Bernama
Bernama
10/04/2014
04:37 MYT
Skuad Uniti ditubuh bantu elak provokosi antara kaum - Joseph Kurup
Tan Sri Joseph Kurup - Gambar Fail
Skuad Uniti adalah inisitif terbaharu kerajaan bagi memperkasa program perpaduan dan integrasi nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata skuad itu antara lainnya berperanan menyelesaikan masalah masyarakat setempat melalui pemerkasaan perkhidmatan mediasi komuniti, skim rondaan sukarela, rukun tetangga, pendidikan perpaduan dan perdampingan sosial.
"Ia turut berperanan memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti khusus dalam kalangan generasi muda," katanya menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Abdul Rahman ingin tahu mengenai pelan tindakan kerajaan dalam memastikan golongan tidak bertanggungjawab yang mewujudkan provokasi antara kaum dikenakan tindakan sewajarnya dan sejauh mana keberkesanan tindakan itu.
Kurup berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan terus komited mengambil beberapa pendekatan untuk memelihara perpaduan kaum termasuk menggunakan kaedah mediasi bagi melakukan intervansi dan menyelesaikan isu sosial di peringkat komuniti yang boleh menimbulkan pergaduhan.
Sehingga kini 874 mediator komuniti telah dilatih dan ditauliahkan bagi menggalas tanggungjawab itu, katanya.
Selain itu peluasan sebanyak 6,580 Rukun Tetangga dan lebih 3,000 Skim Rondaan Sukarela di seluruh negara turut dilakukan bagi memperkasa semangat kejiranan dan kesukarelaan bagi tujuan menjaga keselamatan dan juga keharmonian masyarakat, tambahnya.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#perpaduan Joseph Kurup
#Skuad Uniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan