awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMKA terbakar: Kerajaan N.Sembilan salur bantuan RM30,000 bagi kerja pembersihan

Bernama
Bernama
01/08/2022
20:20 MYT
SMKA terbakar: Kerajaan N.Sembilan salur bantuan RM30,000 bagi kerja pembersihan
Bangunan asrama SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail di Pedas, dekat Rembau, dilaporkan terbakar 80 peratus pada tengah hari Ahad, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Facebook Alumni SMKA Pedas
REMBAU: Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan peruntukan RM30,000 bagi kerja pembersihan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail akibat kebakaran asrama pelajar lelaki sekolah tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerja pembersihan akan dilakukan selepas pihak sekolah menerima laporan penuh kejadian daripada bomba.
"Pihak sekolah memohon kerajaan negeri membantu kerja pembersihan kerana bangunan sebelah (blok terbakar) itu perlu digunakan.
"Kerja membaik pulih bangunan terbakar itu perlu disegerakan kerana pelajar perlukan kemudahan asrama," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di Pedas dekat sini semalam.
Aminuddin berkata 90 pelajar yang terkesan akibat kejadian itu turut menerima RM300 seorang berikutan barangan harian seperti uniform sekolah hangus terbakar.
Dalam pada itu, beliau berkata bangunan sekolah berusia lebih 10 tahun seharusnya dipantau lebih kerap oleh pihak berwajib supaya pelajar dan guru dapat menjalani sesi pembelajaran lebih kondusif dan selamat.
Media sebelum ini melaporkan bangunan asrama di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik tersebut terbakar 80 peratus pada tengah hari Ahad namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Susulan itu, lebih 600 pelajar akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat masa ini.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi Facebook pada Ahad turut memaklumkan kementeriannya telah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri supaya segera mengambil tindakan susulan berikutan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail
#Aminuddin Harun
#kerja pembersihan
#SMKA terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan