awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong anak OKU berbakat penuhi minat mereka - Ras Adiba

Bernama
Bernama
30/11/2021
23:30 MYT
Sokong anak OKU berbakat penuhi minat mereka - Ras Adiba
Ras Adiba berkata ada dalam kalangan OKU yang tidak boleh berbicara namun berupaya mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti menari, menyanyi dan melukis. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mempunyai anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) perlu menyokong dan membenarkan anak OKU mereka melakukan perkara yang diminati.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata ada dalam kalangan OKU yang tidak boleh berbicara namun berupaya mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti menari, menyanyi dan melukis. "Persepsi mereka (orang ramai) dia tengok kita (OKU), orang fikir orang OKU tidak ada daya dan segalanya, jadi hari ini, ia membuktikan bahawa kita boleh melakukan semua yang kita mahu sekiranya kita meletakkan fikiran untuk itu.
"Dan saya galakkan ibu bapa yang mempunyai anak berbakat supaya membenarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu lakukan," katanya selepas konsert mini 'Kau dan Aku' di Pusat Seni Persembahan Damansara, di sini malam tadi.
Konsert mini yang dianjurkan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPD) malam ini adalah yang pertama daripada tiga malam, menyaksikan persembahan tarian, nyanyian serta persembahan alat muzik daripada golongan istimewa.
Beliau yang juga pengerusi Bernama berkata konsert tersebut akan menjadi antara platform untuk OKU menambah 'duit poket' selepas negara dilanda pandemik COVID-19 yang sememangnya menjejaskan kewangan mereka.
Konsert tersebut dihadiri kira-kira 60 penonton dan dianjurkan setiap tahun bermula tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak OKU
#Orang Kurang Upaya
#Persatuan OKU Sentral
#Ras Adiba Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan