awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat sunat Istisqa' Khamis ini mohon hujan di seluruh Kedah

Bernama
Bernama
24/03/2026
11:14 MYT
Solat sunat Istisqa' Khamis ini mohon hujan di seluruh Kedah
Solat sunat Istisqa' akan diadakan secara serentak di seluruh Kedah pada Khamis ini bagi memohon hujan susulan cuaca panas berpanjangan yang sedang melanda.
Solat sunat Istisqa' akan diadakan secara serentak di seluruh Kedah pada Khamis ini bagi memohon hujan susulan cuaca panas berpanjangan yang sedang melanda.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, pelaksanaan solat sunat itu akan dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah masing-masing mengikut kesesuaian waktu pada hari berkenaan.
“Solat sunat ini diadakan susulan cuaca panas di negeri ini termasuk beberapa daerah yang berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian boleh mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius.
“Setakat ini, pembenihan awan dibuat pada peringkat pusat, tetapi peringkat negeri belum lagi, jadi kita cuba buat solat sunat … kita akan buat pada Khamis, setiap daerah akan ada tempat yang mereka aturkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Anak Bukit, di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta hospital-hospital di Kedah berada pada tahap bersedia bagi kes-kes melibatkan cuaca panas, namun tiada kes strok haba direkodkan setakat ini di negeri ini.
“Dalam cuaca panas ini, saya nasihatkan rakyat Kedah supaya ambil langkah berjaga-jaga, terutamanya aktiviti luar, contohnya pergi beraya, program rumah terbuka, buat kayuhan dan aktiviti sukan, jadi kena kurangkan,” katanya.
Sebelum ini, beberapa daerah di Kedah termasuk Pendang, Pokok Sena dan Baling dilaporkan berada pada tahap dua (gelombang haba) dan menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), 15 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu atau berjaga-jaga selepas merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat sunat Istisqa
#Kedah
#khamis
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan