awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sonos berhentikan sekitar 100 pekerja

Amanz
Amanz
17/08/2024
03:13 MYT
Sonos berhentikan sekitar 100 pekerja
Keputusan itu dibuat untuk membina strategi pelaburan jangka panjang yang kukuh seiring dengan matlamat mereka untuk menetapkan perkhidmatan lebih baik. -Amanz
BELUM habis isu aplikasi bermasalah kini timbul pula laporan terkini membabitkan Sonos memberhentikan sekitar 100 pekerja.
Syarikat itu mengesahkan dengan Techcrunch, keputusan itu dibuat untuk membina strategi pelaburan jangka panjang yang kukuh seiring dengan matlamat mereka untuk menetapkan perkhidmatan lebih baik.
Selain itu, penambahbaikan berterusan aplikasi dan kepuasan pelanggan kekal menjadi keutamaan. Malahan mereka berjanji untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.
Sonos dalam masa sama turut yakin bahawa tindakan pembuangan pekerja itu tidak akan menjejaskan keupayaan mereka dalam menunaikan janji tersebut.
Kesemua pekerja yang diberhentikan juga akan diberi sokongan yang diperlukan tetapi pencerahan terperinci mengenainya tidak pula diberi.
Tidak ketinggalan juga, Sonos sedang dalam proses menutup beberapa pusat sokongan pelanggan tarmasuk salah satu di Amsterdam menjelang hujung tahun 2024.
Berkongsi perkembangan terkini berhubung isu berterusan dengan aplikasi mudah alih, Sonos telah mengenal pasti pepijat utama yang membawa pada permasalahan yang terjadi.
Seterusnya kini dalam proses membetulkan dan menambah baik untuk memastikan pengalaman penggunaan terbaik.
Imbas kembali aplikasi baharu Sonos mengalami masalah sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna.
Rentetan daripada itu, Sonos telah meminta maaf terhadap kesulitan yang timbul susulan kegagalan aplikasi itu berfungsi dengan baik. -Amanz
Topic Berkaitan
#Sonos
#buang 100 pekerja
#aplikasi bermasalah
#strategi pelaburan jangka panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan