awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP baharu PKPP, PKPB dijangka diumum Sabtu ini - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2020
10:38 MYT
SOP baharu PKPP, PKPB dijangka diumum Sabtu ini - Ismail Sabri
MKN telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini, namun ia belum dimuktamadkan lagi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, pada Sabtu ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membentangkan perkara itu dalam mesyuarat hari ini, namun ia belum dimuktamadkan lagi.
Katanya, selain MKN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sudah melakukan pembentangan SOP baharu berkaitan sektor ekonomi negara.
"Ada beberapa cadangan termasuk untuk kelonggaran, kita sudah meminta MKN membincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membentangkan SOP ini," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula dalam Mesyuarat Khas Pelaksanaan PKPP memandangkan ia membabitkan dasar baharu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan kerajaan akan membuka semula taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berikutan dakwaan ramai pengusaha gulung tikar, beliau berkata kerajaan akan mengkaji lanjut.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada pelbagai faktor khususnya membabitkan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak.
"Kita tidak mahu apabila kita beri kebenaran untuk buka, ia akan memberi risiko kepada kanak-kanak itu nanti.
"Saya faham, jika ia terus ditutup bagaimana pusat ini mahu menjalankan perniagaan, memandangkan ia baru saja dibuka selepas lama ditutup. Malah, ibu bapa yang bekerja juga perlu menghantar anak ini untuk dijaga," katanya.
Topic Berkaitan
#SOP baharu
#PKP
#PKPP
#PLPB
#Ismail Sabri
#MKN
#KKM
#MITI
#prosedur operasi standard
#sektor ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan