awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP kemasukan pelancong asing ke Malaysia kekal setakat ini - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
08/01/2023
10:27 MYT
SOP kemasukan pelancong asing ke Malaysia kekal setakat ini - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini COVID-19. - Gambar fail
SEPANG: Prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini COVID-19.
Saifuddin juga menjelaskan SOP yang dikenakan kepada pelancong yang tiba di Malaysia termasuk dari negara China adalah sama dengan ketibaan dari negara-negara lain.
"Tentulah tidak bijaksana untuk selektif dan saya fikir tidak tepat untuk negara ambil pendirian begitu," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kepentingan menjaga keselamatan rakyat daripada sebarang ancaman kesihatan termasuk wabak COVID-19.
Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan.
Menurut Perdana Menteri, kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata pelancong yang dikenal pasti mengalami demam akan dibawa ke sudut khas untuk diperiksa doktor bertugas.
"Kalau suhu 37 darjah Celsius, mereka letak (pelancong) di point khusus untuk buat semakan, kalau kekal dengan rekod tanda-tanda iaitu positif... terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.
Mengenai pemeriksaan di kaunter Imigresen di KLIA hari ini, beliau secara keseluruhan berpuas hati kerana semua pelancong mematuhi SOP sedia ada.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Pelancong asing
#COVID-19
#saringan kesihatan
#Saifuddin Nasution
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan