awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spotify guna AI untuk jana senarai main

Amanz
Amanz
19/12/2023
08:26 MYT
Spotify guna AI untuk jana senarai main
Ciri AI Playlist boleh digunakan untuk menaip prom bagi meminta cadangan daripada aplikasi untuk senarai main yang unik. -Amanz
PENGGUNAAN AI kian semakin meluas sekali gus mampu menjadikan sebuah mesin mampu bertingkah laku seperti manusia.
Dua bulan lepas Spotify telah membangunkan ciri berasaskan AI untuk menjana sesuatu senarai main dengan prom khusus.
Terkini sebilangan pengguna dilaporkan telah boleh menggunakan ciri tersebut.
Memetik sumber, ia boleh diakses menerusi tab Your Library dengan menekan butang (+) di sebelah kanan atas untuk mencipta senarai baharu.
Tidak lama selepas itu muncul satu pop-up dengan pilihan baharu AI Playlist, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menaip prom bagi meminta cadangan daripada aplikasi untuk senarai main yang unik. Misalnya, seperti memainkan muzik yang menyedihkan atau menyeronokkan.
Sebagai pilihan juga boleh menggunakan pilihan senarai yang telah disediakan. Sebaik sahaja selesai membuat pilihan ia memerlukan beberapa saat untuk menjana senarai main yang dimahukan.
Masih belum jelas mengenai ketersediaannya tetapi Spotify juga mengesahkan bahawa kebolehan itu masih diperingkat ujian kecil setakat ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Spotify
#Your Library
#AI Playlist
#ciri prom khusus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan