awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, Felcra jalin kerjasama strategik tingkat usaha pencegahan rasuah organisasi

Bernama
Bernama
08/09/2023
21:15 MYT
SPRM, Felcra jalin kerjasama strategik tingkat usaha pencegahan rasuah organisasi
Kerjasama itu dijalankan melalui penganjuran Program Pemantapan Anti Rasuah dan Integriti Felcra Berhad.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur hari ini menjalin kerjasama strategik bersama Felcra Berhad sebagai usaha berterusan pencegahan dan pendidikan antirasuah dalam memastikan urusan perniagaan dijalankan secara bebas rasuah.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu dijalankan melalui penganjuran Program Pemantapan Anti Rasuah dan Integriti Felcra Berhad.
"Felcra Berhad merupakan sebuah organisasi korporat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Inc dan proaktif meneroka beberapa bidang perniagaan seperti perladangan, pembajaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan dan pengeluaran makanan serta ternakan tenusu.
"Syarikat ini sentiasa komited menjalankan aktiviti perniagaan yang bebas daripada sebarang bentuk rasuah termasuk ketirisan dana awam atau perolehan," menurut kenyataan itu.
Seramai 70 peserta terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi Felcra antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Pengarah Belanjawan Kementerian Kewangan Nor Azizati Hamzah terlibat dalam program itu.
Antara pengisian program adalah sesi penerangan dan sesi dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 serta taklimat insentif potongan cukai selain pendedahan ringkas mengenai pengendalian proses siasatan.
"Program ini merupakan medan terbaik kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra dan pengurusan tertinggi Felcra dalam berkongsi serta mengutarakan pertanyaan atau permasalahan berkaitan isu antirasuah dan pencegahan rasuah yang berlaku dalam organisasi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#FELCRA
#Program Pemantapan Anti Rasuah dan Integriti
#kerjasama strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan