awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor

Bernama
Bernama
01/03/2021
09:44 MYT
SPRM gagal lucut hak wang RM2.7 juta milik UMNO Selangor
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon terhadap badan politik itu sebagai responden. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM2,738,525.08 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon terhadap badan politik itu sebagai responden.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram selain wang yang dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah lama habis digunakan.
“Pihak pemohon juga tidak mencabar akaun-akaun dan penyataan yang dikemukakan dalam afidavit responden. Mahkamah dapati pemohon gagal membuktikan bahawa wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram. Oleh itu, permohonan pemohon ditolak,” kata hakim itu.
Dalam prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim manakala peguam Datuk Hasnal Rezua Merican dan Muzzammil Merican mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap UMNO Negeri Selangor mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#SPRM
#UMNO Selangor
#1MDB
#gagal
#lucut hak
#wang
#RM2 7 juta
#Mahkamah Tinggi
#aktiviti haram
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan