awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM jejak bekas pegawai kanan kepada bekas Menteri

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2020
10:59 MYT
SPRM jejak bekas pegawai kanan kepada bekas Menteri
Sumber memaklumkan bahawa Mohd Saifullah merupakan bekas setiausaha kanan sulit bekas Menteri dari parti Warisan. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri bagi membantu siasatan kes.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata, lelaki itu bernama Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, berusia 29 tahun, dan mempunyai alamat terakhir di Semporna, Sabah.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau email ke alamat [email protected],” menurut kenyataan itu lagi.
Sumber memaklumkan bahawa Mohd Saifullah merupakan bekas setiausaha kanan sulit bekas Menteri dari parti Warisan itu.
Selain itu, sumber itu turut memaklumkan bahawa siasatan itu dipercayai berkait rapat dengan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.
Semalam, media melaporkan tiga pengarah syarikat berkenaan, berusia antara 31 hingga 48 tahun telah direman oleh SPRM selama empat hari berhubung kes itu.
Mohd Saifullah merupakan bekas SUSK kepada Mohamaddin Ketapi di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum kerajaan bertukar
Mohd Saifullah merupakan bekas SUSK kepada Mohamaddin Ketapi di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sebelum kerajaan bertukar
BACA: SPRM tahan 3 pengarah syarikat peroleh kontrak promosi iklan lebih RM90 juta
Syarikat berkenaan didakwa tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk mendapat tender berkenaan, dan telah menyediakan beberapa dokumen palsu untuk melepasi kriteria berkenaan.
Selain itu, mereka juga didakwa menawarkan bayaran suapan kepada beberapa pegawai agensi terlibat bagi mengenepikan beberapa syarat asas, dan seterusnya dipilih sebagai pemenang kepada tender tersebut.
Sementara itu, Bernama melaporkan SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#lelaki
#Malaysia
#Media
#menteri
#pelancongan
#Rasuah
#Semporna
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan