awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Kedah reman dua pegawai penguat kuasa bantu siasatan rasuah

Astro AWANI
Astro AWANI
04/03/2026
08:40 MYT
SPRM Kedah reman dua pegawai penguat kuasa bantu siasatan rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mereman dua pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM39,000, awal tahun ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mereman dua pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM39,000, awal tahun ini.
Sumber SPRM memberitahu, sogokan itu dipercayai sebagai balasan untuk mendapatkan kelulusan permit kerja warga asing bagi sebuah syarikat yang beroperasi di negeri ini.
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 50-an itu ditahan bersama seorang lagi suspek yang dipercayai orang tengah pada kira-kira 12 tengah malam tadi, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah di sini.
“Bagaimanapun suspek lelaki (orang tengah) tersebut telah dilepaskan dengan jaminan SPRM hari ini.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua pegawai penguat kuasa itu bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga Februari lepas dengan meminta wang rasuah daripada ejen syarikat tersebut melalui orang tengah,” menurut sumber itu hari ini.
Kedua-duanya disyaki menerima wang rasuah permulaan kira-kira RM4,000 secara transaksi ke akaun bank masing-masing, manakala baki RM35,000 belum diperoleh.
Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman selama enam hari hingga 9 Mac terhadap suspek dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata siasatan menyeluruh akan diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang turut terlibat dalam kegiatan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Kedah
#reman
#pegawai penguat kuasa
#siasatan rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan