awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM selesai rakam keterangan lanjut tiga Lembaga Pengarah FIC

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2017
15:16 MYT
SPRM selesai rakam keterangan lanjut tiga Lembaga Pengarah FIC
SIMI: Kesemua yang pernah dipanggil memberi keterangan akan dipanggil semula jika ada keperluan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil semula tiga ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation (FIC) untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di London oleh anak syarikat FELDA itu.
Menurut sumber, ketiga-tiga mereka hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi dan selesai dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat pada jam 6.30 petang.
Setakat ini kesemua mereka memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penyiasat SPRM.
Sejak siasatan dibuka, SPRM sudah memanggil seramai 29 individu sebagai saksi bagi membantu siasatan.
Lima invidividu turut ditahan termasuk seorang bekas ketua pegawai eksekutif FIC serta mereka yang terbabit dalam pembelian hotel terbabit.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, kesemua yang pernah dipanggil memberi keterangan akan dipanggil semula jika ada keperluan.
Beliau berkata ketiga-tiganya dipanggil semula bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.
"Selepas meneliti keterangan yang diberi mereka pada Selasa lalu, perlunya mereka dipanggil semula untuk mendapatkan maklumat lanjut," tambahnya
Topic Berkaitan
#Felda
#FIC
#Lembaga Pengarah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan