awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion

Bernama
Bernama
29/10/2024
13:36 MYT
SPRM siasat kartel bekal baja bernilai RM1.8 bilion
Beberapa siri serbuan telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan terbabit, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.
Mengikut sumber SPRM, beberapa siri serbuan telah dilakukan suruhanjaya itu dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan terbabit, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
Sumber memaklumkan projek di bawah kementerian berkenaan berjumlah RM1.8 billion itu telah dianugerahkan kepada pertubuhan terbabit bagi tempoh 30 bulan bermula tahun 2021 hingga 2023.
"Pertubuhan terbabit dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan baja padi dan mengedarkannya kepada pesawah-pesawah di seluruh negara melalui pejabat pertubuhan di peringkat negeri masing-masing.
"Hasil siasatan mendapati pertubuhan ini telah menggunakan dua kaedah untuk memenuhi kontrak kerajaan iaitu membeli terus baja-baja padi daripada lima syarikat pengeluar dan membeli bahan-bahan mentah bagi memproses baja daripada empat syarikat," kata sumber itu.
Sumber itu menyatakan siasatan SPRM akan menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih.
"Selain itu, siasatan juga menjurus kepada kesalahan salah guna kuasa yang mungkin berlaku di kalangan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terlibat dalam membuat keputusan dalam pemilihan syarikat-syarikat berkepentingan.
"SPRM telah merampas dokumen-dokumen berkaitan projek ini di peringkat kementerian, pertubuhan dan syarikat berkaitan serta dalam peringkat kajian mendalam. Enam orang pegawai kementerian dan pertubuhan terbabit telah dipanggil SPRM untuk ditemu bual," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan ini dan tidak menolak akan menahan beberapa orang yang disyaki terlibat bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16, Seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#kartel
#baja
#serbuan
#kementerian
#pertubuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan