awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan 3 pengarah syarikat peroleh kontrak promosi iklan lebih RM90 juta

Bernama
Bernama
11/06/2020
04:54 MYT
SPRM tahan 3 pengarah syarikat peroleh kontrak promosi iklan lebih RM90 juta
SPRM memohon perintah reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. - BERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah sebuah syarikat kerana disyaki terlibat rasuah berkaitan satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.
Menurut sumber SPRM, kesemua suspek berusia 31 hingga 48 tahun tersebut ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.
“SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.
Menurut sumber itu, siasatan mendapati syarikat tersebut telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk menyertai tender sebelum ditawarkan kontrak.
Syarikat juga dipercayai tidak mempunyai kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.
“Bagaimanapun, disebabkan bayaran suapan rasuah kepada ‘orang dalam’ maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit.
“Siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” menurut sumber itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Beliau berkata SPRM akan memohon perintah reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi kerajaan
#Ahmad Khusairi Yahaya
#iklan
#kerajaan
#kontrak
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#maklumat palsu
#operasi
#pengarah syarikat
#promosi
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#suapan
#suspek
#tangkapan
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan