awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan CEO badan berkanun disyaki terima rasuah bina gelanggang skuasy

Agensi
Agensi
13/04/2026
15:51 MYT
SPRM tahan CEO badan berkanun disyaki terima rasuah bina gelanggang skuasy
Seorang CEO sebuah badan berkanun persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malam tadi, kerana disyaki menerima rasuah berhubung kontrak pembinaan gelanggang skuasy.
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, kerana disyaki menerima rasuah berhubung kontrak pembinaan gelanggang skuasy.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 7.20 malam di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil.
Tangkapan dibuat sejurus suspek dipercayai menerima wang tunai RM100,000 daripada seorang kontraktor binaan.
Difahamkan, suspek sebelum ini meminta wang rasuah berjumlah RM1 juta sebagai balasan untuk memberikan kelulusan bayaran tuntutan kepada kontraktor berkenaan.
"Suspek juga dipercayai telah menerima wang sebanyak RM500,000 sebelum sambutan Aidilfitri lepas sebagai bayaran pendahuluan," menurut sumber itu.
Susulan penahanan itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rasuah
#CEO
#Badan Berkanun
#gelanggang skuasy
#Kontraktor
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan