awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM

Bernama
Bernama
27/11/2024
16:56 MYT
Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menyertai unit beruniform itu sejak Oktober lepas sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas dimulakan pada tahun hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menyertai unit beruniform itu sejak Oktober lepas sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas dimulakan pada tahun hadapan.
Beliau berkata semasa hari kejadian pada 10 Nov, mangsa telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian dan kali terakhir dilihat sedang melompat sebelum rebah.
Hussein berkata bapa mangsa yang membuat laporan berhubung perkara itu pada 15 Nov, dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pihak Hospital Shah Alam yang menghubungi beliau berhubung keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri.
"Mangsa telah dirawat di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam dan semasa mendapatkan rawatan awal, simati dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.
"Rawatan awal telah diberikan dalam usaha untuk hidrasi simati namun tidak memberikan tindak balas positif selain mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum simati dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hussein berkata rakan mangsa turut memaklumkan bapa mangsa kejadian berlaku semasa sesi latihan di padang kawad yang dikendalikan seorang jurulatih Palapes UiTM Shah Alam dan telah pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata mangsa berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.01 pagi, 13 Nov dengan hasil bedah siasat tidak menunjukkan sebarang kecederaan luaran pada bahagian badannya.
"Setakat ini polis telah mengambil keterangan sembilan saksi termasuk pengadu (bapa mangsa)," katanya dan menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#strok haba
#Palapes UiTM
#Polis Selangor
#Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan