awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan negara perlu dana mencukupi menerusi Bajet 2015 - Khairy

Bernama
Bernama
02/10/2014
15:01 MYT
Sukan negara perlu dana mencukupi menerusi Bajet 2015 - Khairy
Khairy berkata sukan Malaysia perlu membina legasi baru untuk masa depan. -Gambar fail
Bidang sukan negara diharap tetap memproleh peruntukan mencukupi di bawah Bajet 2015.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun atlet negara gagal menyerlah di dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel di Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan, sukan negara tetap memerlukan suntikan dana untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa.
"Mungkin selepas pengalaman di Incheon dan Glasgow, orang cakap tidak payah bagi duit lagi kepada sukan negara, tapi saya rasa itu tindakan yang akan menghukum masa depan sukan kita.
"Kita harus anggap pengalaman di Incheon dan Glasgow sebagai isyarat bahawa legasi kita selepas Sukan Komanwel 1998 sudah tamat dan mulai hari ini sukan kita perlu membina legasi baru untuk masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan liga profesional badminton pertama di Malaysia, Kopiko Purple League.
Kopiko Purple League bakal berlangsung di Sports Arena di Taman Sentosa, Kuala Lumpur bermula 25 Okt ini sehingga 1 Feb tahun hadapan yang disertai 12 pasukan.
Mengenai bajet bagi belia pula, Khairy berharap terdapat sesuatu yang akan dilaksanakan bagi membantu golongan muda terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan supaya dibina satu kawasan perumahan bandar bagi belia di pinggir bandar berdekatan ibu kota.
Topic Berkaitan
#Bajet 2015
#Khairy Jamaluddin
#Sukan Asia
#Sukan Komanwel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan