awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor berkenan utus kad raya, teruskan tradisi kegemaran Aidilfitri

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
06/04/2023
09:17 MYT
Sultan Johor berkenan utus kad raya, teruskan tradisi kegemaran Aidilfitri
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani sebanyak 300 kad ucapan Hari Raya daripada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor. - Foto ihsan RPO
JOHOR BAHRU: Biarpun lebih ramai dalam kalangan masyarakat kini, yang lebih selesa mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya secara atas talian dengan pelbagai aplikasi, namun tidak bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda sebaliknya berkenan meneruskan tradisi kegemaran baginda dengan menandatangani sendiri setiap kad ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, baginda berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan yang dilakukan secara lazimnya setiap tahun.
Kad raya itu kemudian disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.
"Boleh mengantuk saya menandatangani semuanya, letih tangan saya tanda tangan setiap kad.
"Pastinya malam ini saya ‘mengigau’ semasa tidur mimpi memegang pen sambil tanda tangan kad raya ini,” titah baginda secara berseloroh.
Pada hari ini, baginda berkenan menandatangani sebanyak 300 kad ucapan Hari Raya daripada baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim
#kad ucapan
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan