awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor selamat jalani prosedur angioplasty, kini stabil

Bernama
Bernama
02/09/2016
15:30 MYT
Sultan Johor selamat jalani prosedur angioplasty, kini stabil
Keadaan Sultan Johor waktu ini adalah stabil dan baik, kata Menteri Besar Johor.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar selamat menjalani prosedur angioplasty di Pusat Perubatan Gleneagles di Singapura, semalam.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata baginda dirujuk supaya mendapatkan rawatan di Singapura pagi semalam setelah mengadu sakit dada semasa beriadah.
"Keadaan Tuanku waktu ini adalah stabil dan baik. Baginda dibenarkan kembali ke Johor pagi tadi dan sedang berehat di Istana Pasir Pelangi," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.
Menurutnya Sultan Ibrahim juga dinasihatkan oleh kumpulan pakar perubatan supaya mendapatkan rehat secukupnya termasuk mengelak daripada melakukan perjalanan jauh.
Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri Johor turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan perubatan baginda di atas perhatian baik mereka terhadap baginda.
"Kerajaan Negeri juga mengajak seluruh rakyat Johor dan Malaysia supaya terus mendoakan agar kesihatan Tuanku segera pulih," kata beliau.
Topic Berkaitan
#angioplasty
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan