awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor ziarah Muhyiddin di Hospital Singapura

Bernama
Bernama
31/07/2018
11:15 MYT
Sultan Johor ziarah Muhyiddin di Hospital Singapura
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar dan keadaan Muhyiddin (kanan). -Royal Press Office Johor Darul Takzim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menziarahi Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menerima rawatan di sebuah hospital pakar swasta di Singapura.
Menurut catatan laman Facebook baginda iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda meluangkan masa hampir 30 minit bertanyakan khabar dan keadaan Muhyiddin yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas, 12 Julai lepas.
Dalam pertemuan itu, baginda bertitah menasihati Muhyiddin supaya tidak bimbang dan tertekan, sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya dalam rawatannya.
"Saya mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas kerana khidmatnya diperlukan oleh rakyat dan negara," titah Sultan Ibrahim menerusi catatan berkenaan.
Baginda turut menasihati semua pihak supaya mengenepikan apa jua fahaman politik dan bersama-sama mendoakan kesihatan Muhyiddin.
Sultan Ibrahim turut berada di Singapura bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan akibat kecederaan lama ketika bermain sukan polo.
Hadir sama, isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital pakar swasta di Singapura
#ketumbuhan di pankreas
#Muhyiddin Yassin
#Noorainee Abdul Rahman
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan