awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj

Bernama
Bernama
17/01/2026
03:30 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Baginda berdua bertitah semoga sambutan Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih diredai Allah SWT. - Foto Facebook/Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru seluruh umat Islam, khususnya di negeri ini agar memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mengajak umat Islam untuk menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai peringatan yang mendalam akan kebesaran Allah SWT serta keutamaan solat sebagai asas pembentukan insan beriman.
"Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa kekuatan rohani, keikhlasan ibadah dan keluhuran akhlak ialah tunjang kepada kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat.
"Melaluinya, umat Islam dituntut untuk terus memperteguh iman, memelihara perpaduan serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berdua bertitah semoga sambutan Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih diredai Allah SWT, di samping membawa keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan buat negeri Pahang serta seluruh ummah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israk dan Mikraj
#Sultan Pahang
#Tengku Ampuan
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan