awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor nasihat generasi muda baca bahan dengan maklumat betul

Bernama
Bernama
09/01/2017
15:17 MYT
Sultan Selangor nasihat generasi muda baca bahan dengan maklumat betul
Sultan Selangor menasihati generasi muda agar terus membaca pelbagai bahan bacaan yang memberi maklumat betul dan tepat. - Gambar fail
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini menasihati generasi muda agar terus membaca pelbagai bahan bacaan yang memberi maklumat betul dan tepat.
"Janganlah hanya bergantung kepada bacaan daripada media-media sosial yang banyak mengandungi khabar angin dan berita sensasi sahaja, bukan pengetahuan yang sebenar-benarnya.
"Sekiranya perkara itu tidak dibendung, boleh mengakibatkan negara menjadi huru-hara akibat daripada fitnah dan khabar angin yang berleluasa," titah baginda selepas berkenan berangkat merasmikan pelancaran buku biografi berjudul 'Sagiyah Salikin: Tahu Menjaga Tuah', di sini hari ini.
Turut mengiringi baginda ialah Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara dan isteri Toh Puan Sagiyah Salikin.
Pada majlis itu baginda turut mencemar duli melawat pameran koleksi batik milik Sagiyah.
Buku biografi setebal 241 muka surat itu yang dihasilkan penulis novel terkenal Ruhayah Mahmod, mengisahkan perjalanan hidup Sagiyah sebagai seorang anak, isteri dan ibu kepada lima cahaya mata dan juga seorang patriot.
Buku terbitan Pelanduk Publication (M) Sdn Bhd itu boleh didapati di semua kedai buku MPH pada harga RM50 senaskah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mph
#oh Puan Sagiyah Salikin
#Pelanduk Publication (M) Sdn Bhd
#Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan