awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan Tunai Rahmah fasa dua dikreditkan mulai 5 April

Bernama
Bernama
03/04/2023
10:53 MYT
Sumbangan Tunai Rahmah fasa dua dikreditkan mulai 5 April
Pembayaran STR fasa dua yang melibatkan nilai RM1.26 bilion itu akan disalurkan kepada 8.7 juta penerima golongan B40. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai 5 April ini, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran STR fasa dua yang melibatkan nilai RM1.26 bilion itu akan disalurkan kepada 8.7 juta penerima golongan B40.
Menurut kenyataan itu, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh yang sama.
"Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai pada tarikh sama dan penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April.
"Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi pembayaran fasa tiga dan empat akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Julai dan November ini, dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.
Sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran itu boleh dirujuk kepada soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pembayaran STR fasa dua diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sumbangan Tunai Rahmah
#tarikh bayaran
#Kementerian Kewangan
#Anwar Ibrahim
#B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan