awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini

Bernama
Bernama
10/10/2022
03:00 MYT
Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
Sungai Melaka di Batu Hampar melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada jam 9 pagi ini. - Gambar hiasan
MELAKA: Sungai Melaka di Batu Hampar di sini melepasi paras bahaya 2 meter apabila merekodkan bacaan 2.17 meter pada jam 9 pagi ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman sesawangnya di https://publicinfobanjir.water.gov.my/.
Selain itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin berada di paras 3.26 meter dan Sungai Duyong di Duyong, Melaka Tengah (1.71 meter), masing-masing melepasi paras amaran 3.25 meter dan 1.38 meter.
Sementara itu, Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatatkan paras 1.56 meter (paras berjaga-jaga 0.50 meter).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
BACA: Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri - MetMalaysia
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.
Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sungai Melaka
#paras bahaya
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan