awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah dipenjara lapan bulan hina Agong

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
25/03/2018
06:40 MYT
Suri rumah dipenjara lapan bulan hina Agong
Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas Shamsiah Samsudin, 44, selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook. - Foto Astro AWANI
Gara-gara menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi laman sosial Facebook, seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 8 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini, hari ini.
Hukuman diputuskan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Shamsiah Samsudin,44 tahun, pada 25 April tahun lalu didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain yang telah dibaca pada 26 april 2017 jam lebih kurang 2.11 petang di pejabat Sentosa Jaya jalan Padang Bongor, di sini.
Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya dan juga boleh dedenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwaraya, Hajarul Fallena Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana individu yang dihina adalah Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh dituduh pada 14 Februari 2018.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Sultan Muhammad V
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan