awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek larikan kereta di stesen minyak ditahan di Bentong

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2024
06:36 MYT
Suspek larikan kereta di stesen minyak ditahan di Bentong
Rakaman CCTV berdurasi 55 saat memaparkan kejadian dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp. -Video tular
KUANTAN: Lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu, di sini, pada Isnin berjaya ditahan di Bentong.

Ringkasan AI
  • Suspek lelaki yang melarikan kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu pada Isnin telah berjaya ditahan di Bentong.
  • Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan perkara ini.
  • Kejadian ini mendapat perhatian awam apabila satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat memaparkan kejadian tersebut dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu pesanan secara ringkas pada Rabu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan tersebut.
"Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada Rabu.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.10 petang, Isnin, warga emas berusia 68 tahun itu bersama anak dan suaminya menaiki kereta singgah di stesen minyak.
Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas itu berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.
Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian awam apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat memaparkan kejadian tersebut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#Honda City
#stesen minyak di Semambu
#ditahan di Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan