awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek lelaki disyaki belasah isteri hingga mati direman

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2014
08:16 MYT
Suspek lelaki disyaki belasah isteri hingga mati direman
Suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu ditangkap di sebuah rumah di persiaran Bekor, Buntong dekat Ipoh, Perak malam tadi. - Gambar Hiasan
Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai memukul sehingga mati isterinya Sabtu lalu ditahan reman selama 7 hari bermula hari ini.
Suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu ditangkap di sebuah rumah di persiaran Bekor, Buntong dekat Ipoh, Perak.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, suspek ditahan kira-kira 11.30 malam tadi oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bukit Aman.
Dengan penangkapan itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes berkenaan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan lebam di muka dan badan dipercayai akibat dipukul di sebuah rumah di Taman Puchong Utama, Bukit Puchong, Selangor.
Sebelum kejadian, suspek dilapor telah menghantar kedua-dua anak lelakinya yang masing-masing berusia enam tahun dan dua bulan ke rumah ibunya yang terletak berhampiran.
Dia kemudiannya ditemui meninggal dunia di kediamannya dipercayai akibat dipukul oleh suspek.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#isteri
#jenayah
#polis pdrm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan