awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek utama kes bunuh dua pelajar Britain berdepan dua tuduhan membunuh

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2014
05:38 MYT
Suspek utama kes bunuh dua pelajar Britain berdepan dua tuduhan membunuh
Suspek utama pembunuhan dua pelajar Britain berdepan dua tuduhan membunuh
Suspek utama yang terlibat dalam kejadian pembunuhan dua pelajar perubatan warga Britain awal Ogos ini menghadapi dua pertuduhan membunuh.
Kes berkenaan akan disebut pada 19 September depan.
Aidan Brunger dan Neil Gareth Dalton berada di Malaysia bagi menjalani latihan amali di salah sebuah hospital di Kuching.
Pertuduhan telah dikeluarkan oleh Majistret Portia Tham Ong Leng di Mahkamah Majistret Kuching.
Majistret turut mengarahkan tertuduh, Zulkipli Abdullah, 23 tahun agar terus ditahan sehingga tarikh sebutan kes berkenaan berlangsung.
Zulkipli tidak diwakili peguam manakala pendakwaan kes telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamad.
Dalam pertuduhan yang dibacakan oleh Portia, Zulkipli telah dituduh melakukan kesalahan membunuh dua orang mangsa iaitu Aidan Brunger dan Neil Gareth Dalton pada 6 Ogos 2014 kira-kira jam 4.10 hingga 4.15 pagi berhampiran dengan Hotel City Inn Jalan Abell Kuching.
Kedua dua kesalahan berkenaan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, empat orang lagi suspek berusia antara 19 hingga 55 tahun yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibebaskan hari ini dengan jaminan pihak polis.
Mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan akan dipanggil bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Aidan Brunger
#Britain
#bunuh
#Neil Gareth Dalton
#Zulkipli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan