awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat antarabangsa berminat melabur dalam sektor gas hidrogen di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2020
09:07 MYT
Syarikat antarabangsa berminat melabur dalam sektor gas hidrogen di Sarawak
Menurut Abang Johari pengeksportan gas hidrogen boleh dikenakan Cukai Jualan Negeri (SST) seperti minyak mentah dan produk gas. FOTO: Astro AWANI
KAPIT:Sebuah syarikat antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur dalam perusahaan menghasilkan gas hidrogen di Sarawak.
Perkara itu didedahkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurutnya syarikat tersebut akan menghasilkan gas hidrogen di Sarawak dan akan dibeli semula oleh negara asal syarikat itu.
“Sebenarnya ada sebuah syarikat dari sebuah negara yang ingin melabur dengan kita (Sarawak) dalam menghasilkan gas hidrogen.
“Tapi buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan nama syarikat tersebut dan syarikat itu merupakan sebuah syarikat tersenarai awam,” katanya.
Tambahnya, gas hidrogen merupakan satu lagi sumber di Sarawak dan pengeksportan bahan api itu boleh dikenakan Cukai Jualan Negeri (SST) seperti yang dikenakan ke atas minyak mentah dan produk gas.
Ini kerana Sarawak mempunyai kuasa mengenakan SST seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.
“Jadi kalau rundingan ini menjadi realiti, kita sudah memiliki kuasa untuk melaksanakan Cukai Jualan Negeri (SST) jadi pendapatan negeri kita akan bertambah,” tambahnya lagi.
Abang Johari berkata demikian dalam ucapan sempena pembukaan rasmi Jambatan Nanga Mujong di Kapit pada Isnin.
Topic Berkaitan
#gas hidrogen
#Sarawak
#Cukai Jualan Negeri SST
#Perlembagaan Malaysia
#Ordinan Perlombongan Minyak OMO
#Nanga Mujong
#Kapit
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan