awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen

Bernama
Bernama
13/12/2023
10:02 MYT
Syarikat pemborong didenda RM200,000 jual diesel kepada syarikat tiada lesen
Sebuah syarikat pemborong barang berjadual minyak diesel didenda RM200,000 di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan. - Gambar fail
SEREMBAN: Sebuah syarikat pemborong barang berjadual minyak diesel didenda RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat tidak memiliki lesen atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan Pengarah Syarikat MCM Petroleum Sdn Bhd, Man Wee Wong mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.
Mengikut pertuduhan, Man, 35, selaku pengarah syarikat didakwa melanggar Peraturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menjual barang kawalan berjadual minyak diesel kepada Syarikat HHR Setia Sdn Bhd yang tidak memiliki lesen atau kelulusan bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Perbuatan itu dilakukan di premis syarikatnya di Taman Perindustrian Sri Lukut, Port Dickson pada 5 Julai lepas.
Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya KPDN Nazarrudin Zainudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat pemborong
#didenda
#kpdn
#jual diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan