awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap pematuhan SOP PKPP di masjid, surau memuaskan - Zulkifli

Bernama
Bernama
09/07/2020
11:31 MYT
Tahap pematuhan SOP PKPP di masjid, surau memuaskan - Zulkifli
Tahap pematuhan SOP di masjid serta surau di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan PKPP setakat ini adalah memuaskan. - Gambar fail/BERNAMA
Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid serta surau di seluruh negara dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setakat ini adalah memuaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata berdasarkan pemantauannya, jemaah mengamalkan jarakan sosial dan SOP lain.
"Perkara ini (pematuhan SOP), saya amat berpuas hati dan diharap dapat diteruskan sehingga keadaan aman dan stabil daripada wabak COVID-19," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Replika Kunci Van Jenazah kepada Penjara Sungai Buloh, dekat sini sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga menerima laporan secara mingguan berhubung pematuhan SOP di masjid dan surau di seluruh negara.
Ini akan dilakukan sehingga 31 Ogos ini, katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata pihaknya akan terus menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Penjara.
"Kita telah pergi hampir ke semua penjara di Lembah Klang dan lebih banyak program akan diadakan pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hal ehwal agama
#masjid
#memuaskan
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#pematuhan SOP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#prosedur operasi standard
#surau
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan