awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajuddin mampu berfungsi dengan baik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia - MB Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/05/2022
10:31 MYT
Tajuddin mampu berfungsi dengan baik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia - MB Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mampu melaksanakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dengan baik. - Gambar fail
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yakin Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mampu melaksanakan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dengan baik.
Menurutnya, sebagai orang Perak, beliau turut gembira apabila Ahli Parlimen Pasir Salak itu diterima kerajaan Indonesia sebagai Duta Malaysia ke negara tersebut.
Saarani optimis, Kabinet telah mengambil kita semua faktor sebelum mencalonkan Tajuddin sebagai ketua perwakilan Malaysia ke negara jiran itu.
“Saya yakin Datuk Seri Tajuddin boleh berfungsi dengan baik sebagai wakil kerajaan Malaysia di Indonesia,” kata Saarani ketika ditemui di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Perhutanan Perak di Taman Eko Rimba, Kledang Saiong, Meru di sini, pada Rabu.
Dalam masa sama, Saarani merakamkan ucapan tahniah kepada Tajuddin di atas pelantikan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi).
Menurutnya, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Duta Besar Malaysia ke Indonesia
#Saarani Mohamad
#Menteri Besar Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan